COVID-19 | Pulih semula, Timbalan MB Kelantan kembali bekerja

2022-04-20 0

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang sebelum ini diberikan cuti panjang selepas dijangkiti COVID-19, kembali bertugas pada Isnin.

Ketika ditemui selepas program ceramah Badar Al Kubra, di Machang, Naib Presiden Pas ini bagaimanapun memaklumkan beliau masih mendapatkan rawatan susulan.

Katanya, selepas dijangkiti pada mac lepas, beliau terpaksa menjalani rawatan di hospital.

Mohd Amar alami gejala COVID 19 selepas pulang dari kempen Pilihan Raya Negeri Johor 13 Mac lepas.